Loading

KURSUS PEMANTAPAN PENGUMPULAN DATA KEMALANGAN DAN PENGISIAN BORANG PDRM (K) 27 bagi Tahun 2024.

Kursus ini telah dilaksanakan pada 15 Julai 2024 (Isnin) hingga 17 Julai 2024 (Rabu) di The Straits Hotel and Suites, Melaka dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Sektor Dasar dan Pembangunan, YBHG. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah.

Tujuan utama penganjuran kursus ini adalah untuk memperkukuhkan pengumpulan data kemalangan, pengisian borang PDRM (K) 27 serta meningkatkan ketepatan dan intergriti data.

Kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia dan melibatkan kerjasama antara Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah, Bloomberg Philanthropies, serta anggota Polis Di Raja Malaysia.

Bahagian Perancang Jalan

Kementerian Kerja Raya Malaysia