Loading

KURSUS PENGURUSAN DAN PELAPORAN DATA KEMALANGAN JALAN RAYA MENGIKUT PIAWAIAN PDRM K(27) TAHUN 2025 DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN WORLD HEALTH ORGANIZATIONS

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Pengumpulan Data Kemalangan dan Pengisian Borang PDRM (K) 27 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober 2025 di Hotel Citadines Waterfront, Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd Fairuz bin Jamal, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Keselamatan Jalan Raya, BPJ, KKR.

Kursus ini bertujuan untuk:
📍 Memperkukuh proses pengumpulan data kemalangan
📍 Menambah baik pengisian Borang PDRM (K) 27
📍 Meningkatkan ketepatan dan integriti data kemalangan

Kursus ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk:
🔹 Kementerian Kerja Raya (KKR)
🔹 World Health Organizations (WHO)
🔹 Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah
🔹 Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang kursus ini turut disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu INSP. Aziezi Irwan bin Adnan (INSP. Profil Tinggi / Kajian Kes, JSPT Bukit Aman), Ir. Eliyani Yazreen Binti A. Rani (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan Bahagian Audit & Program Keselamatan Jalan JKR Malaysia), dan Ir. Nur Nadzirah Binti Roslan (Wakil Penganjur WHO).

Turut serta penyampaian ceramah oleh pegawai - pegawai dari Cawangan Keselamatan Jalan Raya (CKJR), Bahagian Perancang Jalan (BPJ), KKR, yang berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan aspek keselamatan jalan raya dan pengumpulan data kemalangan.

Diharapkan kursus ini dapat mempertingkatkan kualiti data kemalangan jalan raya ke arah perancangan jalan yang lebih selamat dan berkesan.

Bahagian Perancang Jalan

Kementerian Kerja Raya Malaysia