MAJLIS HARI INOVASI KKR 2026
KUALA LUMPUR, 8 Okt – Cawangan Keselamatan Jalan Raya, Bahagian Perancang Jalan melakar sejarah membanggakan apabila Road Accident Management System (RAMS) berjaya merangkul gelaran Naib Johan bagi Kategori Anugerah Kementerian Kerja Raya sempena sambutan Hari Inovasi 2026.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan dalam suasana gilang-gemilang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.
Penyertaan dan kemenangan ini membuktikan komitmen jitu warga cawangan dalam mengetengahkan idea-idea bernas serta pembaharuan berimpak tinggi, khususnya bagi memperkasa agenda keselamatan jalan raya negara. Kejayaan ini diharap dapat menyuntik semangat dan menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja untuk terus berdaya saing dan membudayakan inovasi dalam perkhidmatan awam.
Bahagian Perancang Jalan
Kementerian Kerja Raya Malaysia