13th Malaysian Road Conference 2026 and 6th International Road Federation Global Asia-Pacific Regional Congress.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Ir. Ts. Mohd Fairuz Bin Jamal atas kejayaan menerbitkan serta membentangkan kertas kerja beliau berkaitan Road Accident Management System (RAMS).
Pembentangan tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Oktober 2026 di Putra World Trade Centre (PWTC), bersempena persidangan berprestij, 13th Malaysian Road Conference 2026 and 6th International Road Federation Global Asia-Pacific Regional Congress.
Pencapaian ini membuktikan komitmen dan kepakaran beliau dalam memperkasakan perkongsian ilmu teknikal di persidangan bertaraf antarabangsa. Semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus berinovasi dan cemerlang dalam bidang masing-masing.
Bahagian Perancang Jalan
Kementerian Kerja Raya Malaysia