RAMS DINOBATKAN SEBAGAI JOHON DALAM KONVENSYEN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KKR TAHUN 2024
CRYPTIC OPS yang mewakili Bahagian Perancang Jalan (BPJ), diketuai oleh Ir. Ts. Mohd Fairuz bin Jamal, Ketua Penolong Setiausaha, telah diangurahkan sebagai Johan bagi Anugerah Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) Peringkat KKR menerusi Sistem Road Accident Management System (RAMS) yang telah berlangsung pada 24 Julai 2024.
Manakala Naib Johan adalah dari kumpulan KT-LYZ yang mewakili Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) dan tempat ketiga ialah kumpulan MARIA yang mewakili Bahagian Pengursan Maklumat (BPM) .
Anugerah ini telah disampaikan pada Sambutan Hari Inovasi KKR dan Agensi yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid pada 30 Oktober 2024.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Abdullah bersama barisan Ketua-ketua Agensi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua finalis!