KURSUS PELUASAN RAMS DAN PELAPORAN DATA KEMALANGAN JALAN RAYA MENGIKUT PIAWAIAN PDRM K27 DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) DAN PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) TAHUN 2026
Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah berjaya menganjurkan KURSUS PELUASAN RAMS DAN PELAPORAN DATA KEMALANGAN JALAN RAYA MENGIKUT PIAWAIAN PDRM K27 DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) DAN PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) TAHUN 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 14 Ogos 2025 di UCSI Hotel, Kuching, Sarawak.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd Fairuz bin Jamal, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Keselamatan Jalan Raya, BPJ, KKR.
Kursus ini bertujuan untuk memudahkan penyelarasan teknikal, latihan, pemantauan serta pengurusan data secara tersusun dan berkesan dengan menggunakan Road Accident Management System (RAMS) untuk diperluaskan kepada semua PBT di Malaysia.
Selain itu, kursus ini juga bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran pengisian Borang Kemalangan PDRM (K)27 serta meningkatkan kecekapan penggunaan peralatan GPS dan aplikasi Google Maps bagi mendapatkan bacaan koordinat lokasi kemalangan yang tepat dalam menghasilkan senarai lokasi kerap berlaku kemalangan.
Secara tidak langsung, program ini dapat menjalinkan kolaborasi antara agensi PDRM dan KKR melalui intergrasi data kemalangan dan perkongsian lokasi blackspots serta Transfer of Technology (TOT) bersama agensi antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kerjasama kita dalam pembinaan LPKSI dimana rekabentuk piawai JKR ditambah elemen rekabentuk antarabangsa dan kerjasama dari melihat keberkesanan program.
Kerjasama dari segi meningkatkan intergriti data kemalangan jalan raya melalui sistem RAMS dengan mengadakan bengkel-bengkel bersama PDRM dan agensi-agensi kerajaan seperti JKR dan PBT.
Hebahan kerjasama KKR dan WHO melalui media-media massa fokus kepada keselamatan jalan raya di Malaysia
AGENSI YANG TERLIBAT:
1. KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR)
2. POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
3. MAJLIS PERBANDARAN/ DAERAH SARAWAK(PBT)
4. JABATAN KERJA RAYA SARAWAK (JKR)
5. PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO)
Diharapkan kursus ini dapat mempertingkatkan kualiti data kemalangan jalan raya ke arah perancangan jalan yang lebih selamat dan berkesan.