Loading

Kursus Pemantapan Pengumpulan Data Kemalangan dan Pengisian Borang PDRM (K) 27 Tahun 2025

KURSUS PEMANTAPAN PENGUMPULAN DATA KEMALANGAN & PENGISIAN BORANG PDRM (K) 27 – 2025

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Pengumpulan Data Kemalangan dan Pengisian Borang PDRM (K) 27 yang berlangsung dari 28 hingga 30 Mei 2025 di Hotel Neo+ Penang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd Fairuz bin Jamal, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Keselamatan Jalan Raya, BPJ, KKR.

Kursus ini bertujuan untuk:
📍 Memperkukuh proses pengumpulan data kemalangan
📍 Menambah baik pengisian Borang PDRM (K) 27
📍 Meningkatkan ketepatan dan integriti data kemalangan

Kursus ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk:
🔹 Kementerian Kerja Raya (KKR)
🔹 Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah
🔹 Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang kursus ini turut disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ACP Dr. Bakri bin Haji Zainal Abidin (Ketua Polis Daerah Hilir Perak, PDRM), Ir. Siti Nurilam binti Abu Mansor (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan JKR Malaysia), dan INSP. Aziezi Irwan bin Adnan (INSP. Profil Tinggi / Kajian Kes, JSPT Bukit Aman),

Turut serta penyampaian ceramah oleh pegawai - pegawai dari Cawangan Keselamatan Jalan Raya (CKJR), Bahagian Perancang Jalan (BPJ), KKR, yang berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan aspek keselamatan jalan raya dan pengumpulan data kemalangan.

Diharapkan kursus ini dapat mempertingkatkan kualiti data kemalangan jalan raya ke arah perancangan jalan yang lebih selamat dan berkesan.

Bahagian Perancang Jalan

Kementerian Kerja Raya Malaysia