Loading

KURSUS PEMANTAPAN PENGUMPULAN DATA KEMALANGAN DAN PENGISIAN BORANG PDRM K(27) TAHUN 2026

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Pengumpulan Data Kemalangan dan Pengisian Borang PDRM (K) 27 yang berlangsung dari 13 hingga 15 Mei 2026 di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Shahrul Affendi bin Baharudin, Timbalan Setiausaha, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya.

Kursus ini bertujuan untuk:

📍 Memperkukuh proses pengumpulan data kemalangan

📍 Menambah baik pengisian Borang PDRM (K) 27

📍 Meningkatkan ketepatan dan integriti data kemalangan

Kursus ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk:

🔹 Kementerian Kerja Raya (KKR)

🔹 World Health Organizations (WHO)

🔹 Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah

🔹 Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang kursus ini turut disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu INSP. Aziezi Irwan bin Adnan (INSP. Profil Tinggi / Kajian Kes, JSPT Bukit Aman), Ir. Siti Nurilam binti Abu Mansor (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan Bahagian Audit & Program Keselamatan Jalan JKR Malaysia), dan Ir. Nur Nadzirah Binti Roslan (Wakil WHO).

Turut serta penyampaian ceramah oleh pegawai - pegawai dari Cawangan Keselamatan Jalan Raya (CKJR), Bahagian Perancang Jalan (BPJ), KKR, yang berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan aspek keselamatan jalan raya dan pengumpulan data kemalangan.

Diharapkan kursus ini dapat mempertingkatkan kualiti data kemalangan jalan raya ke arah perancangan jalan yang lebih selamat dan berkesan.

Bahagian Perancang Jalan

Kementerian Kerja Raya Malaysia