Loading

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA JEJANTAS PEJALAN KAKI DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER TAWAR, LALUAN FT005, DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN.

Majlis Penyerahan Projek Membina Jejantas Pejalan Kaki Di Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar, Laluan FT005, Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 19 November 2024 (Selasa). Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Jurutera Daerah Manjung, Perak, Ir. James Anak Musa kepada YBrs. Encik Mohamad Nizam Bin Mustafa, Timbalan Setiausaha Bahagian (Teknikal), Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Jurutera Awam Kanan, Bahagian Pengurusan Projek Zon Utara, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Dr. Hanani binti Mohamed Radzi, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, YBrs. Encik Mohd Amirudin bin Kesmiran, Pegawai-Pegawai JKR Daerah Manjung, serta Pihak Kontraktor, Pengarah Syarikat Pembinaan Impian Sdn. Bhd, Encik Mohd Yusrizan bin Yasin.

 

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Jurutera Daerah JKR Manjung telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek ini bermula pada 12 Oktober 2021 dan siap sepenuhnya pada 12 Ogos 2024.

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Daerah Majung, Perak selaku Pegawai Penguasa dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada Pasukan HOPT dan HODT, serta komitmen yang baik dari Pembinaan Impian Sdn Bhd. Jutaan terima kasih juga pada semua yang terlibat dalam menjayakan projek dan majlis penyerahan ini. Semoga dengan siapnya jejantas pejalan kaki ini dapat meningkatkan aspek keselamatan pejalan kaki terutamanya kepada para murid, kakitangan sekolah serta penduduk setempat.

 

Terima kasih.

 

Bahagian Perancang Jalan

Kementerian Kerja Raya Malaysia