Loading

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA DAN ARAHAN KERJA BAGI KERJA PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN DI NEGERI PERAK TAHUN 2025

Bagan Datuk, Perak - 31 Julai 2025 (Khamis), jam 3.00 petang, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Arahan Kerja bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan persekutuan di Negeri Perak bertempat di Dewan Dato’ Lope Hashim, Bagan Datuk, Perak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail.

Pada tahun 2025, dua projek dilaksanakan di bawah Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya, khususnya bagi Penambahbaikan Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot) Fasa 2, iaitu:

1.    Blackspot Fasa 2 – Memperelok lokasi kerap berlaku kemalangan di Laluan Persekutuan FT001, Seksyen 687.00 (Jalan Ipoh – Butterworth) Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan.

Kontraktor: Sinar Aswan

 

2.    Blackspot Fasa 2 – Memperelok lokasi kerap berlaku kemalangan di Laluan Persekutuan FT001, Seksyen 625.30 (Jalan Tun Dr. Sammy Vellu) Daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Kontraktor: Kota Bara Enterprise

Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan di lokasi berisiko tinggi.