Penyerahan Projek Siap 4 Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSI)

Penyerahan Projek Siap 4 Lintasan Pejalan Kaki
YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Pontian, telah mewakili Kerajaan MADANI dan Kementerian Kerja Raya dalam majlis penyerahan 4 lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat yang siap dibina di kawasan Parlimen Pontian.
Projek melibatkan dua lokasi di FT005 Jalan Johor Bahru–Melaka (Seksyen 67.5 berhampiran SK Lebai Mohd Ya’kob, Ayer Baloi dan Seksyen 79.2 berhampiran Masjid Jamek Benut) serta dua lokasi di FT096 Jalan Benut–Simpang Renggam (Seksyen 0.2 berhampiran SK Sri Benut dan Seksyen 9.6 berhampiran SK Parit Markom).
Inisiatif ini sejajar dengan nilai MADANI seperti kesejahteraan dan kelestarian, khususnya dalam meningkatkan keselamatan pejalan kaki.