Loading

Program Bersama Universiti Awam Ke Pusat Rujukan Jalan Negara (PRJN) di Kompleks Kerja Raya

Program yang dianjurkan oleh Bahagian Perancang Jalan KKR ini telah menerima kunjungan daripada mahasiswa dan mahasiswi yang menjalani pengajian di "Kulliyah Of Achitecture And Enviromental Design", Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang diketuai oleh Prof.Madya TPr Dr. Syahriah Bachok.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamad Nizam Bin Mustafa, Timbalan Setiausaha Bahagian (Teknikal), Bahagian Perancang Jalan. Pelbagai sesi perkongsian informasi mengenai fungsi dan peranan BPJ dan para delegasi turut dibawa meninjau sendiri fasiliti serta kemudahan yang disediakan di Pusat Rujukan Jalan Negara.